Showing posts with label muslimah. Show all posts
Showing posts with label muslimah. Show all posts

Tuesday, March 5, 2013

Drama

Bismillah
Assalamualaikum
Drama apa la plak kan? heee..
Sebenarnya sebelum ni ain ada tengok filem KCB 1 & 2, tapi baru-baru ni alhamdulillah ain berpeluang menonton drama KCB spesial ramadhan, meraih ridho ilahi & dari sujud ke sujud..
hee..tu je? ape la ain ni kan..^^
Ain memg suka menonton drama melayu, indonesia and korea SAHAJA.. heee..kalau english setakat kartun dan fantasy sahaja..
tapi drama indonesia ni selektif gak la..macam sinetron yang dok tayang kat TV3 tu (maaf yer peminat2 sinetron) ain tak minat sangat la..kalau tertengok seminit dua tu ada la sebab mak ain memang peminat tegar sinetron -,-""
selalu berebut remote tv ahahahah..(jangan imagine) sampai ayah ain malas nak layan dua beranak ni ..hehehe
macam ain sinetron indonesia ni ain layan macam KCB ni la sebab cerita dia tak terlalu mengarut dan ada pengajaran yang boleh diambil..macam sekarang kan KCB spesial ramadhan tengah tayang dekat tvalhijrah ^^ yeay!!
KCB meraih ridho ilahi dan dari sujud ke sujud plak ain tengok kat youtube jer.rajin2 ain downloadkan..hehehe..
watak-watak dalam cerita ni yang bagusnya (pandangan ain la, orang lain ain xtaula yer) walaupun diorang ni berpewatakan alim tapi sisi manusia biasa tetap ditonjolkan jadi watak tu nampak lebih realstik. ye lah kan sebab kalau terlalu sempurna macam tak logik la plak kan? so memang acceptable la pembawaan watak tu.. tapi dalam masa yang sama pengajaran dapat diambil daripada tindakan yang diorang ambil bila berdepan ujian dari Allah swt. Diorang tidak cepat melatah tapi banyak berpandukan ajaran dan sunnah Rasulullah saw. Jadi, apa yang ain nak katakan di sini kalau kita nak tonton apa2 rancangan atau drama atau filem, kita nilaikan dulu dan selidik sikit-sikit apa yang bagusnya kalau kita tonton racangan/drama/filem tu...

Dan ain sangat terpesona dengan karakter Anna Altafunnisa..hohoho..sebab peribadi muslimah dia dan kelembutan dia..subhanallah hebat kot..macam teringin nak jadi macam dia tapi ain bukan gadis lemah lembut itu heee..TAPI kita muslimah-muslimah ni bolehlah contohi sikap dan sifat Anna ni supaya kita mampu jadi muslimah yang benar-benar sejati..In shaa Allah  ^^










Monday, December 17, 2012

Muslimah (Part 2)

Assalamualaikum,

ada part 2, hehe..sambung sebab Ain rasa ada lagi yang Ain tak sampaikan. Hati ni rasa tak tenteram selagi tak tulis. Ain bukan nak berlagak pandai jauh lagi mengaku begitu arif soal agama. Sangat-sangat jauh menyimpang dari niat asal Ain. Ain cuma nak kita sama-sama beringat diri kita sebab iman kita ada turun naiknya.

Ain teringat tentang beberapa insan di sekeliling Ain yang memberikan jawapan-jawapan yang ingin Ain kongsi bila Ain ada berkias soal tudung dan pakain yang dipakai mereka. Bukan niat Ain nak membuka aib tapi ini ulasan semata-mata.

1. Belum sampai seru lagi.
Bila seru akan sampai kalau kita tidak mencari dan berusaha. Perumpaan yang Ain boleh katakan disini, kalau kita nak makan nasi tapi kita tak berusaha untuk masak macam mana nak dapat makan nasi ataupun kalau kita dah basuh beras tapi kita tak nyalakan api macam mana beras tu nak jadi nasi? Kalau kita dah pakai tudung alhamdulillah kita dah separuh jalan sempurnakan menutup aurat tapi tidak ada salahnya kita melengkapkan menutup aurat tu dengan sempurna dengan
                a)melabuhkan tudung melepasi dada,
               b) memakai baju yang longgar dan labuh melepasi punggung
               c) memakai tudung yang tidak nipis
               d) memakai stocking sebab kaki kita juga adalah aurat yang perlu ditutup.

2. Dah memang ini gaya saya, tak reti la nak pakai macam tu.
Siapalah kita ni nak lawan apa yang Allah SWT dah tetapkan. Andai ada usaha, doa dan tawakkal kepada Allah SWT,  pasti segalanya mudah. Kita ini kadang-kala begitu bongkak dengan-Nya sampai kita mendakkan apa yang sudah tertulis. Kita tidak sedar itu kerana kita biarkan diri kita leka dengan perkataan 'nanti'.. Selagi kita berpegang dengan perkataan nanti, selagi itulah kita akan berada di takuk yang lama.

psst: Ain sayang semua muslimah diluar sana seperti Ain sayangkan diri Ain.


Muslimah

Assalamualaikum,

hmm...isu yang Ain nak bangkitkan hari ni mungkin sedikit terbekas pada sesiapa yang baca atau pun mungkin tidak. Tapi kita kena berfikiran positif bila membacanya..(ceh, skema lak ayat Ain kan?)

Sebelum Ain mulakan, Ain nak mintak ampun mintak maaf terlebih dahulu kalau - kalau ada yang akan terasa tapi kadang-kadang kita perlu melukai untuk menunjukkan perkara supaya jelas sebab kita tak mampu menjadi sebaik manusia yang mampu mnyampaikan teguran dalam bentuk yang lembut. Tapi Ain rasa apa yang Ain akan tulis ni tak delah keras sangat cuma sebab Ain tak pernah meluahkan so, Ain risau kalau Ain terkasar bahasa ke apa..Sesungguhnya iman dalam diri Ain ni sekelumit cuma dan tidak kuat untuk buat teguran secara terus. Astaghfirullah..

Sebagai muslimah, kita tau dan sering kita diberitahu tentang batas-batas aurat dan pergaulan kita. Tapi syaitan licik memainkan hati kita untuk membenarkan yang salah. Contoh yang paling senang,

1. Pakai tudung disamakan dengan menutup aurat. SALAH sama sekali sebab seseorang yang memakai tudung tidak semestinya menutup aurat tapi seseorang yang menutup aurat semestinya memakai tudung. KENAPA? Isu ini sudah seringkali kita diberi peringatan, banyak medium yang digunakan untuk menyampaikan tapi seperti yang Ain tulis tadi, syaitan licik memainkan hati kita mengikut telunjuknya. Adakah kita buta, tuli dan bisu? Mungkin ada yang terasa, tapi hakikatnya mungkin kita yang sempurna ini lengkap semua pancaindera lebih rela menjadi seperti cacat sedangkan mereka yang cacatjuga tahu menghargai dan mengikuti ajaran Islam sebaiknya. Adakah kita buta untuk melihat peringatan-peringatan yang diberikan kepada kita, atau contoh -contoh yang baik kepada kita? Adakah kita pekak dan tidak dapat mendengar ajaran tentang menutup aurat yang mengikut syariat Islam? Adakah kita bisu untuk bertanya kalau kita tidak tahu bagaimana menutup aurat mengikut syariat setelah kita melihat dan mendengar tentang cara menutup aurat mengikut syariat adalah tidak sama seperti yang kita amalkan?

2. Lambakan fesyen muslimah di pasaran sama ada secara online mahu pun offline. Kita tertipu hanya dengan perkataan fesyen muslimah. Sememangnya kita yang punya tahap pelajaran yang tinggi, mungkin sampai peringkat yang begitu tinggi seperti Phd dan sebagainya juga tertipu dengan begitu mudah gara-gara perkataan fesyen muslimah. Hanya kerana perkataan itu kita sudah mengiyakan fesyen itu adalah fesyen muslimah. Maaf andai Ain agak beremosi tetapi Ain rasa terkilan pengusaha-pengusaha begitu mudah mengambil ringan akan hal ini. Sepatutnya mereka berfikir dengan wajar bahawa apa yang mereka lakukan tu ada sahamnya walaupun mungkin mereka tidak memakai seperti itu tetapi berapa kali orang yang membeli pakaian itu memakai pakaian itu berapa kali mereka juga dapat saham dosa akibat aurat yang tertonton oleh lelaki ajnabi. Jangan memandang remeh perkara ini sebab kita perlu bertanggungjawab atas setiap apa yang kita lakukan.

3. Pergaulan kita dengan lelaki ajnabi. Walau serapat mana pun hubungan kita dengan lelaki ajnabi itu kita tetap bukan muhrim dengan mereka yakni tidak boleh bersentuhan. Ain rasa sangat terkilan dengan diri Ain sendiri sebab Ain tak berani nak tegur secara terus. Astaghfirullah. Walau berlapik tetapi sentuhan itu adalah bukan disebabkan darurat bagi Ain amatlah tidak boleh. Kita perlu manjaga maruah diri kita sebab kalau tidak orang akan membuat andaian kita tidak kisah diri kita diperlakukan sedemikian.

Kedudukan wanita di dalam Islam sangat indah kalau kita semua sama-sama mendalaminya. Janganlah kita meletakkan kedudukan kita begitu rendah semata-mata kerana mengikut telunjuk nafsu dan hati yang telah dipermainkan syaitan yang dilaknat.

psst: Ain tulis ni sebab Ain sayangkan semua muslimah-muslimah diluar sana. Kita adalah bersaudara walau siapa pun kita.