Thursday, September 20, 2012

Lunch : resepi: moi dengan ikan bilis goreng pedas dan kicap

Assalamaualaikum...

sejak akhir-akhir ni ain rajin la sikit kan...bangun pagi-pagi lepas subuh masak untuk bekal ke ofis...rajin tak? rajin tak? (^____________^)V..

ok..ain terfikir la plak nak kongsi resepi moi dengan ikan bilis goreng pedas dan kicap..
wah nama entah hape-hape kan??? huhuhu...

resepi ni simple jer, tapi alhamdulillah sedap la jugak...kenyang ain makan tengah hari ni...heheheh...resepi yang sangat simple ni hanya memerlukan modal yang sangat murah dan bahan yang sedikit iaitu

bahan-bahan:
secawan beras
segenggam ikan bilis
3 biji cili kering (kalau suka pedas letakla lebih, macam ain letak 5 biji pastu makan sambil nangis syahdu sebab pedas...)
2 biji bawang merah (potong nipis2)
sedikit kicap (terpulang nak masin ke manis ke cair ke pekat ke tawar ke)
garam secukup rasa

cara-cara:
1. basuh beras dan masak dengan menggunakan air yg banyak (contohnya air tu  3 kali ganda tinggi daripada beras tu la)

ok...biar nasi tu masak dulu ok...

2. cili kering tu potong la pendek-pendek dan ikan bilis tu bersihkan la macam biasa yer.

3. goreng cili kering, ikan bilis dan bawang bersama-sama sampai masak.(cili kering tu biar sampai dia nampak cam garing)

4. bahan yang digoreng tadi tu bahagi 2 bahagian..(bahagian A: 30% bahagian B: 70%)

5. bahagian A : tumbuk sampai jadi macam flake...bahagian B: campurkan dengan kicap dan gaulkan.

6. bila nasi tadi dah jadi macam bubur bila dah nak masak tu tambahkan garam secukup rasa sebagai perasa je tau, jangan sampai jadi nasi masin pulak..ok..

tada...dah boleh hidang dan makan....

gambar??? huhuhu..sorila moi a.k.a bubur tu dah aman duk dalam perut ...hehehehe

3 comments:

being nice yer....