Monday, December 17, 2012

Muslimah

Assalamualaikum,

hmm...isu yang Ain nak bangkitkan hari ni mungkin sedikit terbekas pada sesiapa yang baca atau pun mungkin tidak. Tapi kita kena berfikiran positif bila membacanya..(ceh, skema lak ayat Ain kan?)

Sebelum Ain mulakan, Ain nak mintak ampun mintak maaf terlebih dahulu kalau - kalau ada yang akan terasa tapi kadang-kadang kita perlu melukai untuk menunjukkan perkara supaya jelas sebab kita tak mampu menjadi sebaik manusia yang mampu mnyampaikan teguran dalam bentuk yang lembut. Tapi Ain rasa apa yang Ain akan tulis ni tak delah keras sangat cuma sebab Ain tak pernah meluahkan so, Ain risau kalau Ain terkasar bahasa ke apa..Sesungguhnya iman dalam diri Ain ni sekelumit cuma dan tidak kuat untuk buat teguran secara terus. Astaghfirullah..

Sebagai muslimah, kita tau dan sering kita diberitahu tentang batas-batas aurat dan pergaulan kita. Tapi syaitan licik memainkan hati kita untuk membenarkan yang salah. Contoh yang paling senang,

1. Pakai tudung disamakan dengan menutup aurat. SALAH sama sekali sebab seseorang yang memakai tudung tidak semestinya menutup aurat tapi seseorang yang menutup aurat semestinya memakai tudung. KENAPA? Isu ini sudah seringkali kita diberi peringatan, banyak medium yang digunakan untuk menyampaikan tapi seperti yang Ain tulis tadi, syaitan licik memainkan hati kita mengikut telunjuknya. Adakah kita buta, tuli dan bisu? Mungkin ada yang terasa, tapi hakikatnya mungkin kita yang sempurna ini lengkap semua pancaindera lebih rela menjadi seperti cacat sedangkan mereka yang cacatjuga tahu menghargai dan mengikuti ajaran Islam sebaiknya. Adakah kita buta untuk melihat peringatan-peringatan yang diberikan kepada kita, atau contoh -contoh yang baik kepada kita? Adakah kita pekak dan tidak dapat mendengar ajaran tentang menutup aurat yang mengikut syariat Islam? Adakah kita bisu untuk bertanya kalau kita tidak tahu bagaimana menutup aurat mengikut syariat setelah kita melihat dan mendengar tentang cara menutup aurat mengikut syariat adalah tidak sama seperti yang kita amalkan?

2. Lambakan fesyen muslimah di pasaran sama ada secara online mahu pun offline. Kita tertipu hanya dengan perkataan fesyen muslimah. Sememangnya kita yang punya tahap pelajaran yang tinggi, mungkin sampai peringkat yang begitu tinggi seperti Phd dan sebagainya juga tertipu dengan begitu mudah gara-gara perkataan fesyen muslimah. Hanya kerana perkataan itu kita sudah mengiyakan fesyen itu adalah fesyen muslimah. Maaf andai Ain agak beremosi tetapi Ain rasa terkilan pengusaha-pengusaha begitu mudah mengambil ringan akan hal ini. Sepatutnya mereka berfikir dengan wajar bahawa apa yang mereka lakukan tu ada sahamnya walaupun mungkin mereka tidak memakai seperti itu tetapi berapa kali orang yang membeli pakaian itu memakai pakaian itu berapa kali mereka juga dapat saham dosa akibat aurat yang tertonton oleh lelaki ajnabi. Jangan memandang remeh perkara ini sebab kita perlu bertanggungjawab atas setiap apa yang kita lakukan.

3. Pergaulan kita dengan lelaki ajnabi. Walau serapat mana pun hubungan kita dengan lelaki ajnabi itu kita tetap bukan muhrim dengan mereka yakni tidak boleh bersentuhan. Ain rasa sangat terkilan dengan diri Ain sendiri sebab Ain tak berani nak tegur secara terus. Astaghfirullah. Walau berlapik tetapi sentuhan itu adalah bukan disebabkan darurat bagi Ain amatlah tidak boleh. Kita perlu manjaga maruah diri kita sebab kalau tidak orang akan membuat andaian kita tidak kisah diri kita diperlakukan sedemikian.

Kedudukan wanita di dalam Islam sangat indah kalau kita semua sama-sama mendalaminya. Janganlah kita meletakkan kedudukan kita begitu rendah semata-mata kerana mengikut telunjuk nafsu dan hati yang telah dipermainkan syaitan yang dilaknat.

psst: Ain tulis ni sebab Ain sayangkan semua muslimah-muslimah diluar sana. Kita adalah bersaudara walau siapa pun kita.

No comments:

Post a Comment

being nice yer....