Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Wednesday, December 19, 2012

Berhijrah

Assalamualaikum,

Berhijrah??? emm, apa tu?
Sejak dua menjak ni ramai artis dah berhijrah kan? Tapi Ain bukan nak bercerita pasal artis berhijrah sebab cerita tu korang semua dah tahu kan.
Ain nak bercerita pasal pengijrahan Ain walaupun tidaklah seberapa.Ain masih lagi berusaha dan belajar apa yang mampu buat masa ni.
Berhijrah bukan untuk orang yang dari tak pakai tudung kepada pakai tudung je tapi untuk dari tak pakai tudung kepada pakai tudung, dari tak tahu apa-apa langsung pasal agama kepada tahu tentang agama (of course kena amalkan), dan dari akhlak yang tunggang langgang kepada keperibadian seorang umat Islam.

Maaf Ain bukan nak kata orang yang tidak tutup aurat dengan betul itu tak elok tapi keperibadian yang elok tu ditambah menutup aurat dengan elok itu kan lebih manis.

Ain mula pakai tudung masa darjah 4 (secara tepatnya hujung tahun), tapi itu pun on off la sebab ye la pakai pon sebab cikgu asyik bisng budak darjah empat dah kena pakai tudung. Sampai dah di tingkatan 1, Ain masuk sekolah menengah dan sekolah itu sekolah PEREMPUAN SAHAJA. Bermulalah sesi perkenalan yang lebih dekat pasal agama Islam, pasal aurat dan keperibadian Islam. Alhamdulillah Ain dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang baik-baik jadi Ain pon ikut jadi baik macam mereka(uih skema ayat..(^.^))... Dan istimewanya sekolah Ain akan mengadakan program Qiamullail setiap tahun, jadi melalui program-program macam ni Ain berpeluang belajar benda-benda yang tak dapat masa pembelajaran biasa di sekolah dan dapat berkenalan dengan kakak-kakak fasilitator yang sangat Ain kagumi sebab mereka menutup aurat dengan sempurna, berkeperibadian Islam dan lain-lain. Ain sangat kagumi mereka sebab di usia yang muda mereka mempunyai ilmu agama yang banyak.

Seperti remaja-remaja yang lain seusia Ain mudah terpengaruh juga la..Kadang-kadang Ain akan terlupa yang Ain ni perlu menjaga aurat Ain sebab terpengaruh tengok orang berfesyen yang entah apa-apa. Tapi bila Ain sedar balik, Ain akan perbetulkan. Ain berterusan macam tu sampai  lah sekarang. Anda semua mesti fikir..La macam tu ke? Lepas tu ada hati nak tegur orang..huhuhu...Macam yang kita tahu, iman kita ada turun naiknya. Kalau tidak ditop -up ia akan turun ...tapi walaupun macam tu Ain bersyukur sebab sekurang-kurangnya Ain ada kesedaran tu dan Ain tahu banyak yang kena belajar supaya Ain akan istiqomah... Ain sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya tetapkan iman Ain, tapi manusia mudah lupa, kadang-kadang Ain terleka dengan keseronokan duniawi. Astaghfirullah.... Dan Ain bersyukur sebab Allah SWT masih sayangkan Ain jadi berkali-kali Ain terleka, Ain akan disedarkan untuk kembali kepada-Nya. Alhamdulillah...(Alhamdulillah, dah hampir setahun Ain dapat istiqomah memakai stoking sebab dari rasa macam terpaksa, sehinggalah rasa macam tak lengkap kalau keluar tak pakai stoking, dan Ain berdoa hati Ain memang ikhlas buat macam tu..Dari segi pemakaian pula Ain cuba sedaya upaya Ain memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna walau kadang kala Ain terleka tapi Ain cuba sentiasa beringat dan Ain dapat rasa kalau pakaian yang AIn pakai tidak kena dengan konsep menutup aurat secara sempurna Ain tak betah duduk rasa macam berdosa yang amat sangat.. satu perasaan yang sukar digambarkan...)

Dari hari Ain sedar tentang tu, Ain cuba sedaya upaya untuk sentiasa beringat supaya Ain tidak terleka lagi. Ain mencuba untuk belajar dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam diri Ain. Sebab Ain tahu betapa manisnya nilai Iman dan Islam tapi Ain masih tak dapat nak merasa manis tu sebab Ain sering mudah terleka.

In syaa Allah, kalau kita nak seribu daya tak nak seribu dalih. Sahabat-sahabat, kita tentu sedih kan kalau orang yang kita sayang lupakan kita? Kalau macam tu tak sedihkah kita kalau Allah SWT lupakan kita? Tapi Allah SWT sentiasa disisi hamba-hambanya. Setiap kali kita memerlukan-Nya, kita hanya perlu berdoa dan In sya Allah pertolongan-Nya akan sampai pada kita dalam sedar atau tidak..

Dan Ain sentiasa berdoa Ain akan istiqomah.. IN SYAA ALLAH...

psst: Jom sahabat-sahabat kita berhijrah menjadi seorang Islam yang lebih baik. Kalau kita sentiasa ingat Allah SWT kita akan rasa betapa manisnya nilai itu..Amiiin.

Sedikit peringatan bersama:
1) Solat 5 waktu
2) Baca Al-Quran
3) Sentiasa cari peluang untuk tambah ilmu agama melalui pelbagai cara
4) Bersahabat dengan orang-orang yang baik
5) Berdoa kepada Allah tanpa putus asa
6) Sentiasa bersyukur
7) Banyak lagi sebenrnya dan Ain sendiri sedang belajar..

Monday, December 17, 2012

Muslimah (Part 2)

Assalamualaikum,

ada part 2, hehe..sambung sebab Ain rasa ada lagi yang Ain tak sampaikan. Hati ni rasa tak tenteram selagi tak tulis. Ain bukan nak berlagak pandai jauh lagi mengaku begitu arif soal agama. Sangat-sangat jauh menyimpang dari niat asal Ain. Ain cuma nak kita sama-sama beringat diri kita sebab iman kita ada turun naiknya.

Ain teringat tentang beberapa insan di sekeliling Ain yang memberikan jawapan-jawapan yang ingin Ain kongsi bila Ain ada berkias soal tudung dan pakain yang dipakai mereka. Bukan niat Ain nak membuka aib tapi ini ulasan semata-mata.

1. Belum sampai seru lagi.
Bila seru akan sampai kalau kita tidak mencari dan berusaha. Perumpaan yang Ain boleh katakan disini, kalau kita nak makan nasi tapi kita tak berusaha untuk masak macam mana nak dapat makan nasi ataupun kalau kita dah basuh beras tapi kita tak nyalakan api macam mana beras tu nak jadi nasi? Kalau kita dah pakai tudung alhamdulillah kita dah separuh jalan sempurnakan menutup aurat tapi tidak ada salahnya kita melengkapkan menutup aurat tu dengan sempurna dengan
                a)melabuhkan tudung melepasi dada,
               b) memakai baju yang longgar dan labuh melepasi punggung
               c) memakai tudung yang tidak nipis
               d) memakai stocking sebab kaki kita juga adalah aurat yang perlu ditutup.

2. Dah memang ini gaya saya, tak reti la nak pakai macam tu.
Siapalah kita ni nak lawan apa yang Allah SWT dah tetapkan. Andai ada usaha, doa dan tawakkal kepada Allah SWT,  pasti segalanya mudah. Kita ini kadang-kala begitu bongkak dengan-Nya sampai kita mendakkan apa yang sudah tertulis. Kita tidak sedar itu kerana kita biarkan diri kita leka dengan perkataan 'nanti'.. Selagi kita berpegang dengan perkataan nanti, selagi itulah kita akan berada di takuk yang lama.

psst: Ain sayang semua muslimah diluar sana seperti Ain sayangkan diri Ain.


Muslimah

Assalamualaikum,

hmm...isu yang Ain nak bangkitkan hari ni mungkin sedikit terbekas pada sesiapa yang baca atau pun mungkin tidak. Tapi kita kena berfikiran positif bila membacanya..(ceh, skema lak ayat Ain kan?)

Sebelum Ain mulakan, Ain nak mintak ampun mintak maaf terlebih dahulu kalau - kalau ada yang akan terasa tapi kadang-kadang kita perlu melukai untuk menunjukkan perkara supaya jelas sebab kita tak mampu menjadi sebaik manusia yang mampu mnyampaikan teguran dalam bentuk yang lembut. Tapi Ain rasa apa yang Ain akan tulis ni tak delah keras sangat cuma sebab Ain tak pernah meluahkan so, Ain risau kalau Ain terkasar bahasa ke apa..Sesungguhnya iman dalam diri Ain ni sekelumit cuma dan tidak kuat untuk buat teguran secara terus. Astaghfirullah..

Sebagai muslimah, kita tau dan sering kita diberitahu tentang batas-batas aurat dan pergaulan kita. Tapi syaitan licik memainkan hati kita untuk membenarkan yang salah. Contoh yang paling senang,

1. Pakai tudung disamakan dengan menutup aurat. SALAH sama sekali sebab seseorang yang memakai tudung tidak semestinya menutup aurat tapi seseorang yang menutup aurat semestinya memakai tudung. KENAPA? Isu ini sudah seringkali kita diberi peringatan, banyak medium yang digunakan untuk menyampaikan tapi seperti yang Ain tulis tadi, syaitan licik memainkan hati kita mengikut telunjuknya. Adakah kita buta, tuli dan bisu? Mungkin ada yang terasa, tapi hakikatnya mungkin kita yang sempurna ini lengkap semua pancaindera lebih rela menjadi seperti cacat sedangkan mereka yang cacatjuga tahu menghargai dan mengikuti ajaran Islam sebaiknya. Adakah kita buta untuk melihat peringatan-peringatan yang diberikan kepada kita, atau contoh -contoh yang baik kepada kita? Adakah kita pekak dan tidak dapat mendengar ajaran tentang menutup aurat yang mengikut syariat Islam? Adakah kita bisu untuk bertanya kalau kita tidak tahu bagaimana menutup aurat mengikut syariat setelah kita melihat dan mendengar tentang cara menutup aurat mengikut syariat adalah tidak sama seperti yang kita amalkan?

2. Lambakan fesyen muslimah di pasaran sama ada secara online mahu pun offline. Kita tertipu hanya dengan perkataan fesyen muslimah. Sememangnya kita yang punya tahap pelajaran yang tinggi, mungkin sampai peringkat yang begitu tinggi seperti Phd dan sebagainya juga tertipu dengan begitu mudah gara-gara perkataan fesyen muslimah. Hanya kerana perkataan itu kita sudah mengiyakan fesyen itu adalah fesyen muslimah. Maaf andai Ain agak beremosi tetapi Ain rasa terkilan pengusaha-pengusaha begitu mudah mengambil ringan akan hal ini. Sepatutnya mereka berfikir dengan wajar bahawa apa yang mereka lakukan tu ada sahamnya walaupun mungkin mereka tidak memakai seperti itu tetapi berapa kali orang yang membeli pakaian itu memakai pakaian itu berapa kali mereka juga dapat saham dosa akibat aurat yang tertonton oleh lelaki ajnabi. Jangan memandang remeh perkara ini sebab kita perlu bertanggungjawab atas setiap apa yang kita lakukan.

3. Pergaulan kita dengan lelaki ajnabi. Walau serapat mana pun hubungan kita dengan lelaki ajnabi itu kita tetap bukan muhrim dengan mereka yakni tidak boleh bersentuhan. Ain rasa sangat terkilan dengan diri Ain sendiri sebab Ain tak berani nak tegur secara terus. Astaghfirullah. Walau berlapik tetapi sentuhan itu adalah bukan disebabkan darurat bagi Ain amatlah tidak boleh. Kita perlu manjaga maruah diri kita sebab kalau tidak orang akan membuat andaian kita tidak kisah diri kita diperlakukan sedemikian.

Kedudukan wanita di dalam Islam sangat indah kalau kita semua sama-sama mendalaminya. Janganlah kita meletakkan kedudukan kita begitu rendah semata-mata kerana mengikut telunjuk nafsu dan hati yang telah dipermainkan syaitan yang dilaknat.

psst: Ain tulis ni sebab Ain sayangkan semua muslimah-muslimah diluar sana. Kita adalah bersaudara walau siapa pun kita.