Perkongsian

Bismillah
 Assalamualaikum Hari ini ain nak berkongsi pasal aurat wanita. Berikut adalah jawapan-jawapan yang ain baca daripada laman web JAKIM ..


Soalan

assalamualaikum...saya ingin brtanya.adakh bahagian bawah dagu dan kaki
wanita termasuk sebagai aurat?

Jawapan

Kaki dan bawah dagu adalah termasuk dalam aurat wanita.Ini sebagaimana
yang dinyatakan dalam hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud, "Wahai Aishah
apabila kamu telah sampai umur baligh, maka kamu hendaklah menutup
keseluruhan badan kamu kecuali muka dan kedua tapak tangan"(H.Riwayat
Bukhari dan Muslim).


Soalan

Assalamualaikum wbrt;
Ustaz, sebagaimana yang telah diketahui, aurat wanita adalah meliputi
seluruh anggota kecuali muka dan tapak tangan. Ini bermakna termasuk juga
kedua tapak kaki. Dengan sebab itulah apabila solat, jika ternampak
mana-mana bahagian kaki wajib menutupnya dengan segera, jika dibiarkan
dengan sengaja akan membatalkan solat. Begitu juga ketika menunaikan haji
dan umrah, wanita betul-betul menjaga aurat mereka ketika berada di bumi
Makkah mahupun berziarah ke Madinah, dengan memakai stokin kaki kerana
mereka tahu tapak kaki adalah aurat yang perlu ditutup. Namun malangnya
sekembalinya mereka ini ke tanahair, kebanyakan daripada wanita ini tidak
lagi menjaga aurat mereka sebagaimana ketika mengerjakan haji dan umrah,
mereka tidak lagi memakai stokin kaki. Ada pula sesetengahnya pura-pura
bertanya kepada orang yang memakai stokin kaki ini, mengapa awak memakai stokin kaki? Sedangkan mereka ketika mengerjakan haji dan umrah pandai pulak menjaga aurat, hanya setibanya di Malaysia kaki itu bukan lagi aurat bagi mereka dan boleh didedahkan.
Soalan saya ustaz, di dalam satu ceramah agama yang saya hadiri di mana
penceramahnya juga adalah merupakan seorang penceramah yang amat terkenal di negara kita ini, telah memaklumkan bahawa sesetengah ulama ada
menyatakan bahawa tapak kaki itu boleh didedahkan jika tidak mahu memakai stokin kaki.
Saya jadi keliru, kerana selama ini, mana-mana ceramahpun yang saya hadiri
jika ustaz menyentuh mengenai aurat wanita, semuanya mengatakan tapak kaki (yakni termasuk atas kaki itu) adalah aurat wanita, kerana telah jelas di
dalam Al-Quran Allah memerintahkan wanita menutup seluruh anggota kecuali
muka dan tapak tangan. Hanya beliaulah satu-satunya ustaz yang mengatakan tapak kaki boleh dibuka. HARAP USTAZ DAPAT MEMBERI PENJELASAN, jika ada dalil-dali yang mengataka tapak kaki itu bukan aurat wanita. TERIMAKASIH. 

Jawapan

Aurat wanita adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan, maka
kaki juga termasuk aurat wanita. Kes wanita tidak menutup aurat adalah
berdasarkan kepada keimanan masing-masing, ada wanita yang memang
bersungguh-sungguh menjaga auratnya dan ada juga wanita yang hanya sambil lewa menjaga aurat mereka. Semua ini adalah bergantung kepada ilmu dan iman . Oleh itu berusahalah sentiasa untuk mentaati perintah Allah SWT
walau dimana anda berada.


Soalan

Salam.
1) Apakah hukum mendedahkan aurat wanita kepada non-muslim (wanita) ?
2) Adakah Islam membenarkan non-muslim memasuki tempat ibadat seperti
surau atau masjid.
Semoga mendapat jawapan yang bernas dari pihak JAKIM.
Wassalam.

Jawapan

Wa'alaikumussalam wrt.
I) Aurat wanita Islam dengan wanita yang bukan Islam adalah sama dengan
aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan
tapak tangan
2) Islam mengharuskan non muslim memasuki surau atau masjid, tetapi tidak
dibenarkan memasuki ruang solat.


Semoga Bermanfaat buat sahabat2 muslimah ..in shaa Allah..amin.




No comments:

Post a Comment

being nice yer....