Wednesday, January 6, 2010

takdir cinta


Suasana di perkarangan rumahku begitu sibuk hari ini. Tidak seperti kebiasaan di hari-hari lain. Ditambah dengan alunan lagu yang bersesuaian dengan majlis menambah kemeriahan. Namun, tidak semeriah debaran hatiku yang berdebar menantikan saat yang akan menentukan masa depanku.
Hari ini aku bergelar isteri kepada seorang lelaki yang amat kusayangi. Memandangkan aku adalah anak sulung dari empat bersaudara, majlis perkahwinanku agak besar tetapi ringkas. Sebelah pagi aku dinikahkan dan petang ini aku akan disandingkan disertai dengan majlis meraikan sanak saudara dan rakan taulan.
Wajahku yang telah siap dimekap oleh kak suhana, sepupu yang juga merangkap mak andamku, berpeluh-peluh membuatkan kak suhana bertanya kepadaku takut-takut kalau aku jatuh sakit. Tidak mampu menjawap pertanyaannya, aku hanya sekadar tersenyum kepadanya. ‘Bagaimana harus aku ungkapkan perasaan ini. Perasaan yang bercampur baur antara gembira dan terharu silih berganti mengambil tempat dihatiku.’
“hai! Awak ni staf baru ye kat sini?” Tanya seorang lelaki yang tak kukenali sedang aku menyusun barang-barang kedalam rak barang-barang. Aku memandang lelaki tersebut lalu bersuara “walaikummussalam, ye saye staf baru” jawabku sinis.’suke2 je datang tegur,dah la tak bagi salam’ aku mengomel sendiri di dalam hati. Berubah air mukanya apabila aku menjawab sebegitu. Timbul rasa bersalah didalam hatiku.’ape la aku ni, orang tegur aku jawab macam tu plak.tapi sape suruh takbagi salam’.”assalamualaikum” tiba-tiba lelaki itu bersuara sambil tersenyum kearahku. “maaflah terlupe nak bagi salam plak” sambungya lagi sambil mengukir senyum. Aku terdiam seketika terpaku dengan senyumannya yang tentunya boleh mencairkan hati seorang wanita.’huh, apela aku ni tadi marah, sekarang terpegun plak.huh, tergatal la plak hehe’ aku ketawa sendiri didalam hati.
“saye Zaril, awak?” suaranya bergema lagi mengembalikan aku ke dunia nyata. “saye Nurul..Nurul Ain” jawabku setelah seketika berfikir samada untuk menerima salam perkenalan yang dihulurkan lelaki yang bernama Zaril ini.
Bermula dari perkenalan itu, Zaril seakan tidak mengenal erti putus asa untuk mendekatiku walaupun aku tidak begitu melayannya setiap kali dia datang menemuiku mahupun menegur ketika terserempak di tempat kerja. Sebenarnya aku hanya bergelar seorang pekerja sementara di tempat kerjaku ini kerana aku bekerja semasa cuti antara semester sepanjang pengajianku. Mungkin kerana aku yang bekerja semasa cuti semester, Zaril tidak mengenaliku dan menyangka aku adalah lepasan spm sepertinya. Tubuhku yang agak rendah dan agak kurus memungkinkan orang menyangka aku masih 17 tahun sedangkan aku sudah berumur 18 tahun dan sedang belajar di universiti.
Suatu hari sedang aku menyusun barang- barang ke dalam rak , Zaril datang menemuiku seperti biasa. “ain, boleh  tak saye nak mintak nombor phone awak?” Zaril meminta sambil tersenyum kambing ke arahku. Aku yang agak terkejut dengan permintaannya terhenti dari meneruskan kerjaku dan menoleh kearahnya. “awak nak buat ape?” tanyaku kehairanan. Sebelum ini hanya salam yang disampaikan melalui rakan-rakan sekerja ataupun berbual kosong yang terjadi antara kami, tetapi hari ini Zaril meminta nombor telefonku pula. “takkan la saye nak makan pulak, saye nak simpan la kalau-kalau nanti dah tak kerja kat sini, at least boleh saye call awak bile tetibe saye rindukan awak..” jawabnya cuba berseloroh denganku yang masih berkira-kira untuk memberikan nombor telefonku. Bukan berniat untuk jual mahal atau sombong tetapi aku sememangnya tidak mempunyai ramai rakan lelaki agak sukar untuk memberikan nombor telefonku. “em, nanti-nanti la ye saye bagi kat awak. Saye ade banyak kerja ni nak buat nanti kalau supervisor saye nampak saya berbual dengan awak bising plak” alasan kuberi sekadar cuba mengelak diri. Dengan alasan itu juga aku segera melangkah pergi meninggalkan Zaril dengan alasan ingin menemui suprvisorku.
Namun Zaril sememangnya manusia yang tidak mengenal erti putus asa. Sejak dari hari itu, dia kerap menemuiku dan meminta nombor telefonku sehinggalah aku memberikan juga apa yang dimintanya kerana sikapnya yang tidak tahu berputus asa itu. Bermula saat itu, kerap juga aku dan Zaril berbalas mesej dan berbual di telefon. Walaupun pada mulanya aku malas mahu membalas mesej-mesej dan menjawab panggilannya tetapi lama-kelamaan dengan sendirinya aku seakan tertunggu-tunggu untuk menerima mesej mahupun panggilan darinya.
Sedang aku sibuk membuat kerjaku seperti biasa, Maria datang menegurku ”eh, ain saya dengar awak rapat dengan Zaril sekarang ni,betul ke?” pertanyaan Maria hanya kubalas dengan senyuman. “em, saya cakap ni just sebab saya tak nak awak kecewa je” ayat Maria tiba-tiba membuatkan aku terhenti dari membuat kerjaku. ”apa maksud awak, Maria?” tanyaku inginkan kepastian. ”saya dengar yang Zaril tu dah ada makwe, dia tu budak kat sini gak, tapi keje kat department lain je. Saya tak nak awak ditipu je” berita yang disampaikan oleh Maria membuatkan aku tergamam seketika. Namun kucuba untuk tidak menunjukkan perasaanku itu pada Maria.”o, ye ke? Awak jangan risaula. Memang saya rapat dengan Zaril tapi saya tak ada apa-apa hubungan pun dengan dia hanya kawan biasa je” balasku walaupun aku sendiri tidak pasti dengan jawapanku. Maria berlalu sambil tersenyum setelah mendengar jawapanku.’betul ke aku tak kisah?’ kubiarkan soalan itu bermain diotakku tanpa jawapan sambil berharap ia akan lenyap bersama masa.
Sejak mengetahui kebenaran tentang status Zaril aku sudah tidak membalas mesej mahupun menjawab panggilan Zaril. Ditempat kerja sekalipun aku akan cuba mengelak dari terserempak dengan Zaril. Zaril juga seakan memahamiku. Dia sudah tidak menghubungiku lagi. Hubungan kami seakan berakhir begitu sahaja.
Tiba sudah hari terakhir aku di tempat kerja kerana cuti semesterku sudah berakhir. “maria, saya gembira dan sedih la hari ni” kataku kepada Maria yang merupakan sahabat baikku di tempat kerja. “kenape plak ni??” Tanya Maria yang agak kehairanan dengan kata-kataku. “entahla, mungkin saya gembira kerana mulai hari ni hati saya dah tak sakit lagi dan sedih kerana saya akan merinduinya” sengaja aku tidak mahu menghabiskan ayatku. Biarlah hanya aku yang mengetahui perasaanku ini. Perasaan yang aku cuba lupakan selama aku bekerja disini. Ya, aku sebenarnya menyayangi Zaril tetapi kenyataan Zaril telah mempunyai  teman wanita menyebabkan aku menarik diri dari konflik cinta ini. Aku tidak sanggup melukakan hati seorang wanita yang lain hanya untuk kegembiraan diriku. ‘Biarlah, aku masih muda’ itulah yang sering kukatakan pada diriku.
“ain, nape muram jer sejak balik dari kampung ni??” liya bersuara setelah melihat sahabatnya itu seakan tidak bersemangat.”takde apelah liya, cume homesick sikit hehe…” jawabku cuba bergurau. Aku tidak mahu sahabat merangkap teman sebilikku itu menyedari apa yang mengganggu fikiranku. “hmm, homesick?? Ingatkan teringat buah hati kat kampung..” telah liya sekadar membalas gurauanku. Aku sekadar tersenyum. ‘betul la tu’ jawapan itu hanya sekadar bermain di dalam hatiku. Cinta bertepuk sebelah tangan sememangnya sangat menyakitkan hati.
Entah mengapa sukar untuk aku melupakan Zaril walaupun hubungan kami hanya sementara dan terlalu singkat.’masih ingatkah Zaril pada aku?’ ‘ah, tak mungkin dia masih ingat kepada aku.’ Aku berkira-kira sendiri. Tanpa aku sedari tingkahku diperhatikan mira, rakan sekelasku.
“ain, are you ok?””lain macam je aku tengok ko ni??”. Pertanyaan mira membawa aku ke dunia nyata. Mira lebih gemar menggunakan penggilan aku kau bila berbual walaupun aku menggunakan saya awak kepadanya.
”saye ok..takde ape-ape lah”’huh, mengelamun lagi aku nih’.
“ain, zul mintak nombor phone awak la, awak nak bagi x?” “hah, Zul? Zul mane lak ni?””ala, Zul kawan sekolah saye tu.. budak architecture tu” terang mira bersungguh-sungguh. Rasa cam nak ketawa pun ada bila melihat  cara mira yang seakan sedang berceramah.
”eh, yang ko ketawa tu nape?? Ko kasi x kalau aku bagi no phone ko kat die?””em, saye bukan nak menyombong, tapi saye malaslah awak, takut nanti kawan awak tu bosan plak ngan saye..ye lah saye ni memang malas bab2 nak balas2 mesej ni.awak pun tahu kan prinsip saye bab nak berkawan ni” terangku panjang lebar.
”ala. boleh la..sebelum ni orang luar memang aku tak kisah tolong tolakkan tapi ni kawan sekolah aku tau..lagipun Zul tu baik..” Mira masih cuba memujuk diriku. “em, susah sikit la..saye takut la nak berkawan ngan dak laki ni”
”boleh la, ok punye la kalau ko kawan ngan Zul tu..die baik..ok?””ok, tapi awak kene cerite kat Zul tu pasal pendirian saye, k?” aku memberi kebenaran dalam keterpaksaan.”ok..set” Mira menjawab sambil tersenyum sumbing.
Aku sememangnya sukar untuk membuka hatiku untuk berkawan dengan insan bergelar lelaki. Bukan mahu menyombong tetapi sikapku yang terlalu berhati-hati sering menyekat perlakuanku. Aku menjadi fobia tentang perhubungan antara lelaki dan perempuan bila melihat orang-orang sekelilingku sering kecewa. Ditambah lagi dengan pengalamanku dengan Zaril. Mungkin ini akan membantuku untuk melupakan Zaril.
“assalamualaikum ain, awak buat ape tu?” salam pembuka bicara dihulurkan Zul sebaik aku menekan punat hijau telefonku. “walaikumussalam, tak buat ape-ape pun. Saje je berangan” jawabku separuh bergurau.”berangan teringat ape tu? Teringat saya ke?” terdengar suaranya ketawa dihujung talian.”ye la tu.perasan gak wak ni ye..” begitu lah hubunganku dengan Zul. Tiada ungkapan rasmi antara kami walaupun aku dapat rasakan perhubungan ini semakin rapat. Kerana diriku yang takut untuk terikat dengan hubungan antara lelaki dan perempuan, aku tidak menaruh apa-apa harapan pada hubungan kami ini.
Namun semua itu hanya dipihakku. Zul memulakan langkah untuk memberikan status pada hubungan antara kami. Sedang berbual-bual selepas berjogging, Zul bertanya kepadaku. “ain..” panggilannya terhenti seakan sedang mencari kekuatan untuk meneruskan ayatnya yang tergantung. Aku terus menanti kata-kata dari Zul. “kita dah lame kawan kan?” soalan yang membuatkan aku memberikan sepenuh perhatianku kepada insan yang bernama Zul dihadapanku ini. “saye rase ada satu perasaan aneh setiap kali saye berhadapan dengan awak…saya rase dah sampai mase kite berikan title pade hubungan kita ni ” luahan hati Zul yang sungguh berterus-terang membuatkan jantungku hampir-hampir berhenti berdenyut. Kenyataan yang seringku elakkan kini berada di depanku. “saye sayangkan awak” Zul meneruskan kata-katanya setelah aku terdiam tanpa kata-kata.

2 comments:

  1. nice story...tapi kena lebih luas skit skop dia...mungkin boleh tambahkan latar...ni tergantung mcm ni jer ke ain?mana sambungan?hehe...excited nak baca...

    ReplyDelete
  2. hehhe...tq2 sebab sudi baca...sambungan dia ada ..dah siap tulis pon citer ni tp lam laptop kt kampung..huhuhu...actually banyak benda yg jadi dalam citer ni lepas ni...hehehe..bagi hint sikit...ehem2...ada watak yg dimatikan dan ada konflik jiwa sikit...tapi tu la lam laptop kt kg...huhuhu...tq..

    ReplyDelete

being nice yer....